Thursday, 21 May 2015

SUKATAN PELAJARAN

STPM/S948
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
PERAKAUNAN
SUKATAN PELAJARAN 
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


PENGGAL 1 : PERAKAUNAN KEWANGAN (33.3%)
BAB 1:ASAS PERAKAUNAN KEWANGAN
BAB 2:ASET
BAB 3:LIABILTI DAN EKUITI
BAB 4:KOPERASI
BAB 5:REKOD TIDAK LENGKAP DAN CATATAN TUNGGAL
BAB 6:KAWALAN DALAMAN

PENGGAL 2 : PERAKAUNAN PENGURUSAN (33.3%)
BAB 7:ASAS PERAKAUNAN PENGURUSAN DAN KOS
BAB 8:KAEDAH PENGEKOSAN
BAB 9:PENGEKOSAN MARGINAL DAN SERAPAN
BAB 10:ANALISIS KOS-VOLUM-UNTUNG(KVU)
BAB 11:PEMBUATAN KEPUTUSAN
BAB 12:PENGEKOSAN PIAWAI

PENGGAL 3 : PENGAPLIKASIAN PERAKAUNAN (16.7%)
BAB 13:SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER
BAB 14:BELANJAWAN
BAB 15:PERKONGSIAN
BAB 16:SYARIKAT BERHAD
BAB 17:ANALISIS DAN TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
BAB 18:PENYATA ALIRAN TUNAI

Kerja Kursus-Tugasan Amali (16.7%)
Objektif kerja kursus adalah untuk membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran berkomputer melalui penggunaan perisian perakaunan dan membolehkan kemahiran insaniah (soft skills) calon dinilai secara langsung.
Pentaksiran berasaskan sekolah bagi kerja kursus dijalankan dalam penggal 3 pengajian tingkatan enam bagi calon sekolah kerajaan sahaja.
Majlis Peperiksaan Malaysia akan menentukan dua tugasan kerja kursus yang wajib dijalankan oleh calon dan dinilai oleh guru mata pelajaran di sekolah. Calon dikehendaki menjalankan kedua-dua tugasan secara bersendirian seperti yang ditetapkan. Butiran tentang tugasan boleh dimuat turun dari Portal MPM (http://www.mpm.edu.my) pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
Bagi tugasan Sistem Perakaunan Berkomputer, kemahiran insaniah dan hasil kerja calon yang menggunakan perisian perakaunan yang berada dalam pasaran dalam bentuk cetakan akan ditaksir dan proses penyediaan hasil kerja adalah berasaskan perkara yang berikut:
(a) Pengenalan perniagaan,
(b) Pengekodan akaun,
(c) Kelompok urus niaga,
(d) Akaun lejar,
(e) Imbangan duga,
(f) Penyata Pendapatan,
(g) Kunci kira-kira,
(h) Lampiran contoh dokumen.
Bagi tugasan Belanjawan, kemahiran insaniah dan hasil kerja calon yang menggunakan perisian lembaran kerja dan pemprosesan perkataan seperti MS Excel dan MS Word dalam bentuk cetakan akan ditaksir dan proses penyediaan hasil kerja adalah berasaskan perkara yang berikut:
(a) Pengenalan perniagaan,
(b) Belanjawan jualan,
(c) Belanjawan pengeluaran,
(d) Penggunaan bahan,
(e) Belanjawan belian bahan,
(f) Belanjawan buruh langsung,
(g) Belanjawan overhed kilang,
(h) Belanjawan inventori,
(i) Belanjawan belanja jualan dan pentadbiran,
(j) Belanjawan tunai,
(k) Penyata perkilangan pro forma,
(l) Penyata pendapatan pro forma,
(m) Kunci kira-kira pro forma.
33
Ujian Kerja Kursus Bertulis
Calon yang berikut dikehendaki untuk mendaftar kertas ini:
(a) calon persendirian individu,
(b) calon sekolah swasta,
(c) calon yang mengulang tingkatan enam atas (sama ada di sekolah kerajaan atau sekolah swasta),
(d) calon yang tidak mengikuti kelas tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas dua tahun berturut-turut (sama ada di sekolah kerajaan atau sekolah swasta),
(e) calon yang mengambil mata pelajaran Perakaunan di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah.

Dua soalan masing-masing tentang sistem Perakaunan Berkomputer dan Belanjawan akan dikemukan. Soalan pertama adalah untuk menguji pengetahuan dan pemahaman calon memerihalkan, menjelaskan, membuat penghitungan ringkas menggunakan pakej perisian perakaunan serta proses, dan cara bagaimana perekodan perakaunan dibuat dengan menggunakan pakej perakaunan itu. Soalan kedua pula menguji pengetahuan dan pemahaman calon tentang penyediaan belanjawan berdasarkan kepada kajian kes yang diberikan.

2 comments:

  1. No948 calon.stpm1 abdulnajibbinismail.810201125809 online mpm.edu.com no948s

    ReplyDelete
  2. Kampung perigi semporna Sabah Malaysia 91300sabah Malaysia

    ReplyDelete