Friday, 22 May 2015

PENGGAL 2 : BAB 7

7.1 Pengenalan Kepada Perakaunan Pengurusan

Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan perakaunan pengurusan dan perakaunan kos;
(b) membandingkan perakaunan pengurusan dengan perakaunan kos dari segi aktiviti, fokus, output, dan pengguna output;
(c) mengenal pasti skop perakaunan pengurusan yang terdiri daripada pengumpulan, pemprosesan serta pelaporan maklumat kewangan, dan bukan kewangan;
(d) menjelaskan fungsi perakaunan pengurusan dalam perancangan, kawalan, dan pembuatan keputusan;
(e) menjelaskan hubung kait perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan;
(f) membandingkan perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan dari sudut jenis pengguna, pemasaan laporan, tujuan laporan, jenis maklumat digunakan, bentuk laporan yang dihasilkan, dan peraturan penyediaan laporan.

DEFINISI

Perakaunan Pengurusan
1.       Perakaunan merangkumi 2 bidang iaitu perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan.
2.       Perakaunan pengurusan adalah berkaitan dengan penediaan makluuat yang diperlukan oleh pengurus dan kakitangan untuk menjalankan tugas harian dalam organisasi.
3.       Institute of Cost and Management Accountant (ICMA) mendefinisikan perakaunan pengurusan sebagai ‘pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran professional dalam menyelia dan membentangkan maklumat perakaunan dengan cara yang dapat membantu pihak pengurusan untuk memformulasikan dasar dan merancang serta mengawal operasi sebuah perniagaan’
4.       Fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh pengurus meliputi aktiviti perancangan, pengawalan dan pembuatan keputusan.

Perakaunan Kos
1.       Perakaunan kos telah wujud sebagai satu cabang perakaunan disebabkan beberapa kelemahan yang terdapat dalam perakaunan kewangan.
2.       Perakaunan kos adalah berkaitan dengan proses merekod dan mengakaunkan kos daripada bermulanya suatu titik perbelanjaan hingga titik perhubungannya dengan pusat-pusat kos dan unit unit kos dipastikan.
3.       Fungsi kos membabitkan proses mengumpulkan dan menyediakan data-data statistik, mengamalkan kaeah-kaedah kawalan kos dan memastikan keberuntungan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan atau dirancang.
  
PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN KEWANGAN, PENGURUSAN DAN KOS
Aspek
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Kos
Perakaunan Pengurusan
Proses
Merekod semua urusniaga yang telah berlaku.
Merekod dan mengakaunkan kos daripada titik perbelanjaan ini berlaku sehingga titik perhubungannya dengan pusat-pusat kos dan unit-unit kos dipastikan.
Merancang aktiviti perniagaan dengan teliti, membuat keputusan  untuk memilih alternatif atau tindakan terbaik dan mengadakan kawalan terhadap semua aspek perniagaan.
Tujuan
§ Menentukan nilai aset dan liabiliti
§ Menghitung untung dan rugi untuk setiap tempoh perakaunan
§ Mengumpulkan & menyediakan data-data statistik
§ Mengamalkan kaedah-kaedah kawalan kos
§ Memastikan keberuntungan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan/dirancangkan
§ Menasihatkan pihak pengurusan dalam proses perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan perniagaan
Contoh
Kunci Kira-Kira, Penyata Pendapatan dan Akaun Untung Rugi
Penentuan Kos Kerja, Penentuan Sistem Pengekosan, Penentuan Kos Pengeluaran, Kerja dan Pengekosan Proses, Pengiraan Overhed Pratentu dan Kaedah Penilaian Inventori
Perletakkan harga, Belanjawan Pembuatan Keputusan Khas, Varians, Titik Pulang Modal, Pengekosan Relevan
Pengguna Utama
Tediri daripada pengguna luaran seperti pemegang saham atau bakal pemegang saham, pemiutang dan badan-badan perundangan seperti Lemgbaga Hasil Dalam Negeri
Terdiri daripada pengguna dalaman, iaitu pegawai dan pengurus, ketua jabatan dan penyelia dalam organisasi
Terdiri daripada pengguna dalaman, iaitu pegawai dan pengurus, ketua jabatan dan penyelia dalam organisasi
Pemasaan
Memfokus pada masa lepas, contohnya laporan prestasi (laporan kewangan ) bagi tahun lepas dibuat pada tahun semasa

Memfokus pada masa depan, contohnya menyediakan belanjawan.





7.2 Pengenalan Kepada Pengurusan Kos
Calon seharusnya dapat:
(a) membezakan kos dengan belanja;
(b) mengenal pasti skop pengurusan kos yang meliputi pengumpulan, perekodan, pengelasan, penganalisisan, dan pengagihan kos.

PERBEZAAN ANTARA KOS DAN BELANJA
§  Kos ditafsirkan sebagai pengorbanan sumber asset untuk mendapatkan asset yang lain.
§  Belanja pula ialah pengorbanan sumber untuk mendapatkan hasil dalam suatu tempoh tertentu.
§  Walaupun nilai kewangan belanja tidak boleh diambil kira semasa menentukan nilai produk yang dikeluarkan, namun belanja masih boleh diambil kira semasa sebagai kos dengan merujuk belanja tersebut sbagai kos tempoh.

7.3 Pengelasan Kos
Calon seharusnya dapat:
(a) mengelaskan kos berasaskan:
(i) fungsi pengeluaran, iaitu kos produk (kos prima, kos penukaran, dan kos boleh diinventori),
(ii) fungsi bukan pengeluaran, iaitu kos tempoh (jualan dan agihan, pentadbiran, dan kewangan);
(b) mengelaskan kos berasaskan kelakuan, iaitu kos tetap, kos berubah, dan kos campuran (separa berubah);
(c) mengelaskan kos berasaskan kos langsung, kos tak langsung, kos relevan, kos melepas, kos hangus (kos tenggelam), kos boleh kawal, kos tak boleh kawal, kos jumlah, kos purata, dan kos unit.

PENGELASAN KOS MENGIKUT FUNGSI
Kos Perkilangan / Kos Produk / Kos Pengeluaran
§  Kos Prima / Kos Utama
Terdiri daripada campuran kos bahan mentah dan kos buruh lansung.
§  Kos Pertukaran
Kos untuk menukarkan bahan mentah kepada barang siap. Terdiri daripada kos buruh langsung dan kos overhed (semua kos selain kos bahan mentah dan kos buruh lansung yang perlu diambil kira semasa menentukan nilai sesuatu produk atau inventori barang).
Kos Barang Dijual
§  Kos barang untuk dijual diperoleh daripada kos perkilangan dengan menggunakan rumus berikut:
Kos barang dijual = Inventori awal barang niaga + Kos perkilangan – Inventori akhir barang niaga
Kos Bukan Perkilangan / Kos Tempoh / Belanja
§  Merupakan overhed bukan perkilangan : pemindahan barang siap dikilang ke bahagian jualan.
§  Juga dianggap sebagai belanja kerana hanya dilibatkan pada suatu tempoh kewangan tertentu dan tidak dicampurkan dalm nilai inventori.
§  Terdiri daripada kos pengagihan / kos pemasaran ( Cth: angkutan keluar, komisen, promosi)
dan Kos pentadbiran am ( Cth: gaji pentadbir, insurans kilang, sewa kilang, utility kilang)

PENGELASAN KOS MENGIKUT KELAKUAN ATAU TINGKAH LAKU
Kos Tetap
§  Kos yang tidak berubah mengikut perubahan unit output dalam lingkungan sesatu julat relevan.
§  Cth: susut nilai aset tetap, belanja insurans, sewa bangunan, belanja pengiklanan, belanja faedah dan cukai harta.
Kos Berubah
§  Kos yang berubah mengikut perubahan setiap unit output.
§  Cth: Kos bahan mentah, upah buruh langsung, belanja penyelenggaraan, belanja petrol)
Kos Campuran / Kos Separa Berubah
§  Terdiri daripada kedua-dua kos tetap dan kos berubah.


§  Cth: bil telefon, kakitangan jualan.

3 comments:

  1. Pelajaran stpm online abdulnajibbinismail

    ReplyDelete
  2. Pelajaran stpm online abdulnajibbinismail 810201125809

    ReplyDelete
  3. Calon online mpm edu .com mall@46najibgamil.com abdulnajibbinismail ic.810201125809 no948

    ReplyDelete