7.1 Pengenalan Kepada Perakaunan
Pengurusan
Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan perakaunan pengurusan
dan perakaunan kos;
(b) membandingkan perakaunan
pengurusan dengan perakaunan kos dari segi aktiviti, fokus, output, dan
pengguna output;
(c) mengenal pasti skop perakaunan
pengurusan yang terdiri daripada pengumpulan, pemprosesan serta pelaporan
maklumat kewangan, dan bukan kewangan;
(d) menjelaskan fungsi perakaunan
pengurusan dalam perancangan, kawalan, dan pembuatan keputusan;
(e) menjelaskan hubung kait perakaunan
pengurusan dengan perakaunan kewangan;
(f) membandingkan perakaunan
pengurusan dengan perakaunan kewangan dari sudut jenis pengguna, pemasaan
laporan, tujuan laporan, jenis maklumat digunakan, bentuk laporan yang
dihasilkan, dan peraturan penyediaan laporan.
DEFINISI
Perakaunan Pengurusan
1.
Perakaunan merangkumi 2 bidang iaitu perakaunan kewangan dan
perakaunan pengurusan. Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan
pengurusan.
2.
Perakaunan pengurusan adalah berkaitan dengan penediaan makluuat
yang diperlukan oleh pengurus dan kakitangan untuk menjalankan tugas harian
dalam organisasi.
3.
Institute of
Cost and Management Accountant (ICMA) mendefinisikan perakaunan pengurusan sebagai
‘pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran professional dalam menyelia dan
membentangkan maklumat perakaunan dengan cara yang dapat membantu pihak
pengurusan untuk memformulasikan dasar dan merancang serta mengawal operasi
sebuah perniagaan’
4.
Fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh pengurus meliputi
aktiviti perancangan, pengawalan dan pembuatan keputusan.
Perakaunan Kos
1. Perakaunan
kos telah wujud sebagai satu cabang perakaunan disebabkan beberapa kelemahan
yang terdapat dalam perakaunan kewangan.
2. Perakaunan
kos adalah berkaitan dengan proses merekod dan mengakaunkan kos daripada
bermulanya suatu titik perbelanjaan hingga titik perhubungannya dengan
pusat-pusat kos dan unit unit kos dipastikan.
3. Fungsi
kos membabitkan proses mengumpulkan dan menyediakan data-data statistik,
mengamalkan kaeah-kaedah kawalan kos dan memastikan keberuntungan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan atau dirancang.
PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN KEWANGAN, PENGURUSAN DAN KOS
Aspek
|
Perakaunan Kewangan
|
Perakaunan Kos
|
Perakaunan Pengurusan
|
Proses
|
Merekod semua urusniaga
yang telah berlaku.
|
Merekod dan mengakaunkan
kos daripada titik perbelanjaan ini berlaku sehingga titik perhubungannya
dengan pusat-pusat kos dan unit-unit kos dipastikan.
|
Merancang aktiviti
perniagaan dengan teliti, membuat keputusan
untuk memilih alternatif atau tindakan terbaik dan mengadakan kawalan
terhadap semua aspek perniagaan.
|
Tujuan
|
§ Menentukan nilai aset dan liabiliti
§ Menghitung untung dan rugi untuk setiap
tempoh perakaunan
|
§ Mengumpulkan & menyediakan data-data
statistik
§ Mengamalkan kaedah-kaedah kawalan kos
§ Memastikan keberuntungan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan/dirancangkan
|
§ Menasihatkan pihak pengurusan dalam
proses perancangan, pembuatan keputusan dan kawalan perniagaan
|
Contoh
|
Kunci Kira-Kira, Penyata
Pendapatan dan Akaun Untung Rugi
|
Penentuan Kos Kerja,
Penentuan Sistem Pengekosan, Penentuan Kos Pengeluaran, Kerja dan Pengekosan
Proses, Pengiraan Overhed Pratentu dan Kaedah Penilaian Inventori
|
Perletakkan harga,
Belanjawan Pembuatan Keputusan Khas, Varians, Titik Pulang Modal, Pengekosan
Relevan
|
Pengguna Utama
|
Tediri daripada pengguna
luaran seperti pemegang saham atau bakal pemegang saham, pemiutang dan
badan-badan perundangan seperti Lemgbaga Hasil Dalam Negeri
|
Terdiri daripada pengguna
dalaman, iaitu pegawai dan pengurus, ketua jabatan dan penyelia dalam
organisasi
|
Terdiri daripada pengguna
dalaman, iaitu pegawai dan pengurus, ketua jabatan dan penyelia dalam
organisasi
|
Pemasaan
|
Memfokus pada masa lepas,
contohnya laporan prestasi (laporan kewangan ) bagi tahun lepas dibuat pada
tahun semasa
|
Memfokus pada masa depan,
contohnya menyediakan belanjawan.
|
|
7.2 Pengenalan Kepada Pengurusan Kos
Calon
seharusnya dapat:
(a)
membezakan kos dengan belanja;
(b) mengenal pasti skop pengurusan kos yang meliputi pengumpulan,
perekodan, pengelasan, penganalisisan, dan pengagihan kos.
PERBEZAAN ANTARA KOS DAN BELANJA
§
Kos ditafsirkan sebagai pengorbanan sumber asset
untuk mendapatkan asset yang lain.
§
Belanja pula ialah pengorbanan sumber untuk
mendapatkan hasil dalam suatu tempoh tertentu.
§
Walaupun nilai kewangan belanja tidak boleh
diambil kira semasa menentukan nilai produk yang dikeluarkan, namun belanja masih
boleh diambil kira semasa sebagai kos dengan merujuk belanja tersebut sbagai
kos tempoh.
7.3 Pengelasan Kos
Calon seharusnya dapat:
(a) mengelaskan kos berasaskan:
(i) fungsi pengeluaran, iaitu
kos produk (kos prima, kos penukaran, dan kos boleh diinventori),
(ii) fungsi
bukan pengeluaran, iaitu kos tempoh (jualan dan agihan, pentadbiran, dan
kewangan);
(b) mengelaskan kos
berasaskan kelakuan, iaitu kos tetap, kos berubah, dan kos campuran (separa
berubah);
(c)
mengelaskan kos berasaskan kos langsung, kos tak langsung, kos relevan, kos
melepas, kos hangus (kos tenggelam), kos boleh kawal, kos tak boleh kawal, kos
jumlah, kos purata, dan kos unit.
PENGELASAN KOS MENGIKUT FUNGSI
Kos Perkilangan / Kos Produk / Kos Pengeluaran
§
Kos Prima / Kos Utama
Terdiri daripada campuran kos bahan mentah dan kos
buruh lansung.
§
Kos Pertukaran
Kos untuk menukarkan bahan mentah kepada barang siap.
Terdiri daripada kos buruh langsung
dan kos overhed (semua kos selain
kos bahan mentah dan kos buruh lansung yang perlu diambil kira semasa
menentukan nilai sesuatu produk atau inventori barang).
Kos Barang Dijual
§
Kos barang untuk dijual diperoleh daripada kos
perkilangan dengan menggunakan rumus berikut:
Kos barang
dijual = Inventori awal barang niaga + Kos perkilangan – Inventori akhir barang
niaga
Kos Bukan Perkilangan / Kos Tempoh / Belanja
§
Merupakan overhed bukan perkilangan : pemindahan
barang siap dikilang ke bahagian jualan.
§
Juga dianggap sebagai belanja kerana hanya
dilibatkan pada suatu tempoh kewangan tertentu dan tidak dicampurkan dalm nilai
inventori.
§
Terdiri daripada kos pengagihan / kos pemasaran
( Cth: angkutan keluar, komisen, promosi)
dan Kos pentadbiran am ( Cth: gaji pentadbir, insurans
kilang, sewa kilang, utility kilang)
PENGELASAN KOS MENGIKUT KELAKUAN ATAU
TINGKAH LAKU
Kos Tetap
§
Kos yang tidak berubah mengikut perubahan unit
output dalam lingkungan sesatu julat relevan.
§
Cth: susut nilai aset tetap, belanja insurans,
sewa bangunan, belanja pengiklanan, belanja faedah dan cukai harta.
Kos Berubah
§
Kos yang berubah mengikut perubahan setiap unit
output.
§
Cth: Kos bahan mentah, upah buruh langsung,
belanja penyelenggaraan, belanja petrol)
Kos Campuran / Kos Separa Berubah
§
Terdiri daripada kedua-dua kos tetap dan kos
berubah.
§
Cth: bil telefon, kakitangan jualan.